POLIS mengangkat mayat lelaki yang mati dibelasah akibat mencuri telefon bimbit. FOTO Ihsan Polis
POLIS mengangkat mayat lelaki yang mati dibelasah akibat mencuri telefon bimbit. FOTO Ihsan Polis
Melvin Joni


SEORANG lelaki terbunuh akibat dibelasah sekumpulan individu selepas disyaki mencuri telefon bimbit dalam kejadian di Miri, semalam.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang maut itu tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa dibawa ke Balai Polis Miri 9.35 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

“Pemeriksaan mendapati, mangsa yang dibawa dalam keadaan berlumuran darah itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Meng Seah berkata, tujuh lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia 20 hingga 40 ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 1:56 PM