Zuhainy Zulkiffli


KIRA-kira 2,000 mat rempit ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, di Butterworth, hari ini.

Operasi jam 7.30 malam itu dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di kedua-dua hala.

Mereka yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer (km) ke Balai Polis Butterworth bagi tujuan siasatan.

Operasi di kedua-dua hala membabitkan laluan ke Bagan Ajam dan Butterworth itu turut menyebabkan kesesakan lalu-lintas sejauh lima kilometer selama lebih sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 9:38 PM
MAT rempit menolak motosikal ke Balai Polis Butterworth. FOTO Zuhainy Zulkiffli
MAT rempit menolak motosikal ke Balai Polis Butterworth. FOTO Zuhainy Zulkiffli