JURULATIH memandu mencuba latihan memadam kebakaran. FOTO Safuri Kamarudin.
JURULATIH memandu mencuba latihan memadam kebakaran. FOTO Safuri Kamarudin.
Safuri Kamarudin


LIMA puluh jurulatih dan kakitangan Institut Pakatan Latihan Memandu Baling mengikuti kursus asas pertolongan cemas dan kebakaran di tempat kerja sebagai persediaan awal berlaku kecemasan dan kemalangan.

Kursus itu dengan kerjasama Institut Memandu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Baling berlangsung di litar Pusat Latihan dan Ujian Pakatan Memandu Baling, hari ini.

Naib Pengerusi Pakatan Memandu Baling, Mohd Asri Mat Zanu berkata, semua jurulatih diwajibkan mengikuti kursus itu kerana mereka bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

“Ia sangat membantu mereka apabila didedahkan ilmu pertolongan cemas dan panduan menyelamat lain yang boleh dimanfaatkan di tempat kerja, juga di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Md Daud berkata, pihaknya memberi latihan kepada peserta mengenai kaedah menyelamat sebelum bantuan tiba.

Katanya, ia termasuk kebakaran mahupun kemalangan selain pertolongan cemas.

“Kami menyambut baik inisiatif pihak ini untuk mendalami ilmu menyelamat apatah lagi mereka terdedah risiko di tempat kerja.

“Sebagai agensi penyelamat kita terus membantu mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 4:16 PM