KEBAKARAN rumah mangsa. FOTO Togi Marzuki.
KEBAKARAN rumah mangsa. FOTO Togi Marzuki.
Togi Marzuki


WANITA rentung selepas rumahnya di Kampung Belokok, Kukup, di Pontian, terbakar, hari ini.

Pada kebakaran 1.36 pagi itu, mayat mangsa Goh Ching Hiang, 75, ditemui di ruang bilik tidur.

Kejadian sama turut menyebabkan suami mangsa, Goh Ting Wang, 81, melecur di kiri dan kanan tangannya.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.36 pagi.

Beliau berkata, susulan kejadian, dua jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan ia musnah 95 peratus.

"Terdapat wanita warga emas dijumpai rentung di ruang bilik tidur dan mangsa lain melecur di kiri dan kanan tangannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 9:46 AM