Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya
Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya
Yusmizal Dolah Aling


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan terhadap ahli parti itu yang ditahan dalam operasi polis awal pagi tadi.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya berkata, parti itu memandang serius kejadian berkenaan dan berharap ia menjadi iktibar kepada ahli yang lain.

Menurutnya, parti itu tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan mana-mana ahli tidak kira sama ada berjawatan atau pun tidak.

“Kita difahamkan ia membabitkan ahli BERSATU. Jadi, kita serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah yang juga Ketua ARMADA Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi.

Dalam satu tular lain pula, mereka berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita itu dikatakan ditahan pada 4.45 petang semalam di sebuah kondominium di Jalan Puchong.

b>Berita berkaitan

Gantung tugas pegawai ditahan polis - Syed Saddiq

'Adhif Syan memang ditahan polis - BERSATU Selangor'

'ADUN Dengkil nafi positif dadah'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 2:25 PM