ALIMUDDIN (kiri) dan Dr Amin enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan Menteri Pendidikan baharu. FOTO Arkib NSTP.
ALIMUDDIN (kiri) dan Dr Amin enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan Menteri Pendidikan baharu. FOTO Arkib NSTP.
Amir Abd Hamid


RATA-RATA bekas Ketua Pengarah Pelajaran mengambil sikap berdiam diri dan menunggu pelantikan rasmi Menteri Pendidikan yang baharu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mengulas apa-apa kenyataan.

Sikap berdiam diri itu mungkin kerana menganggap isu itu panas dan tidak mahu terjebak dalam polemik politik Kabinet selepas Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan itu secara mengejut berkuat kuasa Jumaat lalu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran ke-13, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika diminta mengulas berdasarkan pengalaman berkhidmat 34 tahun dalam dunia pendidikan dengan jujur memohon maaf kerana buat masa ini tidak dapat memberikan komen.

“Saya ingat beginilah, yang berkait isu ini (pelantikan Menteri Pendidikan baharu), saya minta maaf saya tak dapat komenlah. Tak apalah, saya ada dihubungi beberapa orang yang bertanya, tetapi saya minta maaflah, yang ini saya tak ada komen.

“Kalau hal-hal pendidikan oklah, tetapi yang ini seperti kontroversi sikitlah. Atau pun nanti dah lantik baru saya bagi komen...minggu depan sahaja, adalah tu. Kalau dah lantikan (rasmi) nanti Insya-Allah saya akan bagi komen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sekiranya Dr Mahathir melakukan kejutan melantik tokoh pendidikan seperti beliau sendiri mengetuai kementerian berkenaan, beliau menolak kemungkinan itu.

Wartawan: Agak-agak jika nama naik, sebab Perdana Menteri amat dikenali dengan kejutan memilih, contohnya tokoh pendidikan Tan Sri Dr Musa Mohamad dilantik Menteri Pendidikan pada 1999?

Alimuddin: Oh tak ada (sambil tergelak), biarlah orang politik.

Sementara itu, seorang lagi bekas Ketua Pengarah Pelajaran iaitu Datuk Dr Amin Senin turut enggan mengulas lanjut termasuk soalan mengenai apa ciri-ciri dimahukan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk jawatan Menteri Pendidikan berdasarkan pengalamannya pernah menjadi orang dalam.

“Buat masa ini takpalah. Saya dah bersara, saya tak mahu komen apa-apa lagi. Mungkin lain kali ok. Sekarang saya tak mahu komen

Terima kasih, buat masa ini saya tak mahu komen, kalau saya nak komen saya akan bagi tahu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 4:58 PM