SEORANG wanita ditahan kerana menjual tiket loteri.
SEORANG wanita ditahan kerana menjual tiket loteri.
Oleh Melvin Joni


PADAWAN: Dua wanita dicekup polis kerana menjual tiket loteri secara haram di dua premis berasingan di Batu 3 dan Jalan Batu Kawa di sini, semalam.

Wanita berusia 27 tahun dari Kampung Stampin dan 33 tahun dari Kampung Skibang, Bau itu ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek pertama ditangkap sekitar jam 5.20 petang manakala suspek kedua pada jam 4.30 petang.

“Suspek pertama ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penjualan loteri secara haram.

"Turut dirampas seunit telefon bimbit jenama Oppo dan wang tunai sebanyak RM145," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala suspek kedua ditahan bersama rampasan seunit telefon bimbit jenama Samsung dan wang tunai berjumlah RM177.

Aidil berkata ketika disoal siasat, kedua-dua suspek turut mengaku bekerja sebagai penjual loteri secara haram.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 19653.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:00 PM