Gambar hiasan
Gambar hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS menerima laporan berhubung komen berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama yang dimuatnaik oleh seorang individu di Facebook, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan berhubung laporan polis yang diterima.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh USJT termasuk mengesan individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp.

Terdahulu, komen yang dimuatnaik seorang lelaki mendapat reaksi negatif netizen yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya

Komen berkenaan menyamakan institusi diraja setaraf dengan ketua kampung dan agama yang diasaskan penunggang unta.

“Siapa je yang nak hormat raja-raja kau yang bertaraf ketua kampung jer dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir,” katanya menerusi komen yang dimuatnaik.

Difahamkan individu berkenaan adalah pekerja di sebuah hotel di Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 2:18 PM