MOTOSIKAL bertembung dengan kereta dipandu melawan arus di susur masuk Sungai Dua, Butterworth.
MOTOSIKAL bertembung dengan kereta dipandu melawan arus di susur masuk Sungai Dua, Butterworth.
Shamsul Munir Safini


SEORANG lelaki, 27, cedera selepas terbabas ketika mengelak sebuah kereta yang dipandu lawan arus di susur masuk dekat Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan jam 4.50 petang semalam.

Dalam kejadian di Butterworth itu, kereta dipandu seorang wanita berusia 23 tahun datang dari arah Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebaik tiba di susur masuk lebuh raya di situ, wanita berkenaan memandu kereta secara lawan arus dan hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

“Lelaki yang menunggang motosikal berkenaan cuba mengelak kereta terbabit sebelum terbabas dan cedera di tangan.

“Mangsa yang cedera dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas manakala pemandu kereta disiasat mengikut Kaedah Kaedah Pengangkutan Jalan (Rule 10 LN166/59),” katanya.

Menurutnya, wanita yang juga seorang kerani kilang berkenaan memberi alasan bahawa dia memandu secara lawan arus kerana mengikut arahan diberikan aplikasi pandu arah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 10:56 PM