AMINUDDIN semasa menunjukkan sijil pengiktirafan MBOR di Taman Ekuestrian, Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
AMINUDDIN semasa menunjukkan sijil pengiktirafan MBOR di Taman Ekuestrian, Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A’isyah Sukaimi

PERBADANAN Putrajaya (PPj) menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) atas penganjuran Karnival Ekuin Terbesar menghimpunkan 209 kuda dalam satu masa di tempat sama sempena Putrajaya Horse Show 2019.

Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, karnival berkenaan julung kali diadakan bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai pusat pelancongan sukan dan Taman Ekuestrian Putrajaya sebagai lokasi sukan berkuda.“Selain itu, penganjurannya juga sebagai acara pertama yang menghimpunkan pelbagai disiplin sukan ekuestrian dalam satu masa di satu lokasi.“Melalui kejayaan rekod ini, diharapkan Pasukan Berkuda PPj dan Taman Ekuestrian Putrajaya khususnya dan Putrajaya umumnya akan terus dikenali di seluruh negara seterusnya di peringkat antarabangsa,” katanya berucap Majlis Perasmian Putrajaya Horse Show 2019, Putrajaya, semalam.Beliau berkata, sasaran awal kuda yang dihimpunkan pada acara itu ialah sebanyak 180 ekor dan jumlah berkenaan meningkat kepada 209 ekor.Katanya, selain perarakan, beberapa acara berkuda turut dipersembahkan pada karnival itu seperti show jumping, dressage, endurance, polo, demonstrasi tent pegging dan memanah berkuda selain aktiviti menunggang percuma serta pameran berkaitan ekuin.Acara berkenaan adalah satu daripada pengisian di dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Presint 2019 di Taman Wetland Putrajaya, hari ini yang mana seramai 75 peserta akan menguji kemahiran, mental dan ketahanan kuda masing-masing melalui trek lasak sepanjang 40 kilometer.Kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kuda baka arnab dan kuda baka lain-lain manakala, peserta akan dinilai melalui keadaan fizikal dan kesihatan kuda mereka dan masa tiba di garisan penamat.Juara bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala, naib juara pula menerima wang tunai RM1,500 dan tempat ketiga ialah RM1,000.Bercakap kepada pemberita, Aminuddin berkata, PPj bermatlamat untuk menjadikan aktiviti berkuda sebagai aktiviti popular di Putrajaya selain memperkenalkan Pasukan Unit Berkuda Penguatkuasa PPj dan kemudahan rekreasi berkuda yang tersedia di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 6:28 AM