MAYAT lelaki hampir reput tanpa identiti dijumpai terdampar dalam longkang di Kampung Tebaang Daro semalam dihantar Jabatan Forensik Hospital Mukah untuk proses bedah siasat. FOTO Khalid Latip
MAYAT lelaki hampir reput tanpa identiti dijumpai terdampar dalam longkang di Kampung Tebaang Daro semalam dihantar Jabatan Forensik Hospital Mukah untuk proses bedah siasat. FOTO Khalid Latip
Khalid Latip


MAYAT lelaki hampir reput tanpa identiti dijumpai di dalam sungai Kampung Tebaang Daro, di Mukah, semalam.

Penemuan itu menggemparkan penduduk kampung yang menjumpai mayat berkenaan pada 2.40 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat dijumpai terapung berhampiran tongkang pasir di kampung berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat, tiada pengenalan diri dijumpai.

“Mayat lelaki itu sudah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Mukah untuk proses pengecaman serta bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut jurucakap itu, proses pengecaman perlu untuk mengenal pasti identiti mangsa sama ada ia mempunyai kaitan dengan kehilangan misteri lelaki warga India yang dipercayai terjatuh di Sungai Batang Lebaan, di daerah sama, Sabtu lalu atau bukan.

“Kita masih berusaha mengesan seorang lelaki yang juga kelasi kapal, Venkatesh Sumanth, 21, yang dilaporkan hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Labaan kira-kira 10 malam pada Sabtu.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah digerakkan, namun, sehingga kini mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 1:27 PM