Recqueal Raimi


LELAKI yang disyaki merogol warga emas 72 tahun, minggu lalu ditahan di Kiulu, Tuaran, pada 11.30 pagi hari ini.

Dia yang berusia 30 tahun itu ditahan menerusi Ops Kesan yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, serbuan ke lokasi suspek bersembunyi hasil maklumat dan risikan.

“Suspek mengaku merogol mangsa dan mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 257 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Dia kini ditahan di IPD Tuaran untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian minggu lalu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya membuat laporan polis selepas dirogol suspek dalam kejadian pada 12 tengah malam.

Berita berkaitan

Rayu sebelum perkosa nenek 72 tahun

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 5:13 PM