Mendapan yang berlalu di Jalan Kuala Jenderis ke Kenyir dan Aring menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam. Foto Ihsan PDRM
Mendapan yang berlalu di Jalan Kuala Jenderis ke Kenyir dan Aring menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula semalam. Foto Ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin

JALAN Kuala Jenderis ke Kenyir, Kuala Berang dan Aring, Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan laluan berikutan berlaku mendapan tanah di laluan itu dari Kilometer (KM) 77 hingga KM80 bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pengguna jalan raya yang mahu ke Gua Musang dan Cameron Highlands dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh, Perak.

“Sehubungan itu, papan tanda lalu lintas akan dipasang sepanjang laluan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk panduan pengguna jalan raya.

“Pengguna dinasihatkan mematuhi tanda arah dan papan tanda yang disediakan.

“Laluan terbabit akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak selepas proses baik pulih dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 12:15 AM