ANGGOTA bomba berusaha mengawal kebakaran. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengawal kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Siraj Mohd Zaini


WANITA warga emas ditemui maut selepas kediamannya di Jalan Haji Abd Majid, Kampung Sungai Pinang, Klang, terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kebakaran membabitkan dua rumah teres di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi.

Menurutnya, 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kota Raja, Kapar dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa wanita warga emas berusia 70an itu ditemui melecur 90 peratus akibat kebakaran berkenaan.

"Mangsa dijumpai pada 4.49 pagi dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 10:05 AM