TIGA lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah kubur dan mencuri barangan berharga dalam kubur di sekitar Miri sejak sebulan lalu. FOTO Ihsan PDRM
TIGA lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah kubur dan mencuri barangan berharga dalam kubur di sekitar Miri sejak sebulan lalu. FOTO Ihsan PDRM
Garret Dawum


TIGA lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah kubur dan mencuri barangan dalam kubur di Miri, semalam.

Suspek berusia 16 hingga 27 tahun itu ditangkap susulan laporan polis berhubung kejadian pecah kubur di sekitar Miri, sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian itu berlaku di tapak kubur berlainan dan ketiga-tiga suspek ditahan untuk membantu siasatan.

“Barang berharga seperti emas yang dicuri juga diperolehi semula dari pengusaha kedai emas yang membelinya daripada suspek.

“Pembeli barang kemas ini turut ditangkap untuk membantu siasatan. Setakat ini, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah kubur dan curi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, rampasan yang dilakukan bernilai RM5,000.

“Kami percaya ada beberapa tangkapan susulan akan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 297/379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 3:35 PM