Anggota bomba sedang memadam kebakaran tiga kedai sederet di  di Jalan Besar, Sungai Bakap di Nibong Tebal malam tadi. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba sedang memadam kebakaran tiga kedai sederet di di Jalan Besar, Sungai Bakap di Nibong Tebal malam tadi. Foto Ihsan JBPM
Hadzlihady Hassan


TIGA kedai sederet musnah dalam kebakaran di Jalan Besar, Sungai Bakap di Nibong Tebal malam tadi.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan tiga unit kedai terbabit masing-masing sebuah restoran, kedai kusyen dan kedai runcit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.31 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Batu Kawan dan Nibong Tebal tiba di lokasi dan berjaya mengawal api pada 9.59 malam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini bomba masih berada di lokasi kejadian untuk operasi memadam dan mengawal kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 12:27 AM