KINI semakin ramai YouTuber yang menghasilkan isi kandungan kreatif dengan jalan cerita menarik serta unik di channel YouTube masing-masing.

Topik fesyen, gajet, teknologi maklumat, permotoran, hobi, makan-makan, percutian dan sebagainya menjadi pilihan.

Paling penting untuk menjadikan channel mereka 'meletup' tentunya kualiti video dan gambar yang digunakan.

Telefon pintar OPPO Reno2 memiliki kualiti ini kerana OPPO sememangnya terkenal sebagai peranti dengan kemampuan kamera yang baik dan Reno2 memiliki kelebihan khusus untuk dunia videografi serta fotografi.

Kemunculan siri OPPO Reno2 tidak hanya menekankan kepada kreativiti DNA siri Reno itu sendiri atau menerusi perkenalan kepada idea storygrapher semata-mata, sebaliknya penampilan dan kualiti medianya juga kini dinaiktaraf menjadi lebih baik.

Mod video stabil ultra dan mod gelap ultra adalah kunci terbesar kepada keunikannya yang membolehkan penghasilan video kreatif pendek atau vlog anda menjadi lebih mudah.

Faktor utama teras OPPO Reno2 adalah 5X zoom hibrid hingga 20X zoom digital yang berfungsi dalam video dan gambar. Ia membantu anda meneroka segala cerita yang berada di sekeliling dan mengolahnya untuk penonton melalui cara paling ajaib serta penuh imaginasi.

Dengan 48MP kuad kamera OPPO Reno2, ia mempunyai kombinasi kuad kamera mengagumkan yang memaparkan lensa utama ultra jelas 48MP + kanta sudut lebar 8MP + kanta telefoto 13MP + kanta 2MP mono.

Ia sekaligus menyokong ciri-ciri cemerlang dalam pengambilan fotografi dan rakaman videografi yang boleh dikongsi bersama penonton tanpa kehilangan mesej yang dimaksudkan kerana sokongan semua ciri berkenaan.


5X zoom hibrid hingga 20X zoom digital pula menyediakan semua gabungan jenis kanta termasuk lensa sudut lebar, kamera utama dan lensa fokus panjang di mana panjang fokus masing-masing bersamaan 16 milimiter (mm), 26mm dan 83mm.

Ia juga membolehkan penggunanya merakam video mereka pada pelbagai sudut bagi menghasilkan video menarik dan berkualiti.

Peralihan zoom optiknya pula lebih kurang dua kali. Ia juga menggunakan teknologi gabungan imej untuk memastikan peralihan zoom itu mudah dan lancar.

Hasilnya, gambar berkualiti tinggi dalam keadaan yang jauh seperti penyampaian maklumat bertulis atau persembahan konsert.

Tiada lagi masalah untuk mengambil gambar aksi pemain bola sepak di dalam padang mahupun artis kesayangan di atas pentas konsertnya walaupun berada jauh dari padang dan pentas persembahan.

Reno2 juga boleh menghasilkan video zum sehingga 5X hibrid zum dan 20X digital zum, dengan lensa lebar dan lensa telefoto panjang, namun tidak menyokong 1080P 60fps ketika video diambil, tetapi kamera utama menyokong 1080P 60fps.


Menerusi kelebihan fungsi kamera dan OPPO sebagai industri utama dalam teknologi penstabilan, mod video stabil ultra mampu menstabilkan gambar dan video yang diambil tanpa mengira apa saja aktiviti dilakukan.

Ia sekali gus menjadikan Reno2 ideal kepada sesiapa sahaja yang sentiasa 'on the go' dan memudahkan YouTuber membuat vlog dalam sekali 'shot' sahaja.

Dengan adanya Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan Penstabilan Imej Optikal (OIS) yang terbina di dalam peranti, menjadikan video lebih stabil dan fokus walaupun ia diambil ketika berada dalam keadaan tidak sekata mahupun tangan sedikit goyah.

Kehadiran ciri baru itu membolehkan pengguna OPPO Reno2 merakam video dengan lebih baik tanpa gegaran yang menjengkelkan pada kadar 60fps.



Dengan 8MP kanta sudut lebar (sudut lebar+makro), memberikan prestasi hebat apabila boleh mengambil gambar landskap lebih luas dan tidak terbatas sekalipun berada dalam ruangan sempit.

Macro shot juga memainkan peranan penting, mendekatkan kita dengan objek dan Youtuber dapat berkongsi imej yang jelas kerana kanta mikro dimiliki mampu mengenali senario 'microspur' dengan tepat.

Gambar yang diambil jelas termasuk dalam jarak dekat dan melakukan pengaburan semula jadi untuk gambar jarak jauh dengan kesan 'depth-of-field'.

Fokus senario pula boleh mengenal pasti senario microspur, apabila pengguna disyorkan untuk menggunakan microspur untuk mengambil gambar jarak dekat.


Ciri kesan bokeh video pada video ini sangat berguna buat YouTuber yang akan berada di depan kamera pada setiap masa. Ia akan memfokuskan objek dengan latar belakang kabur. Malah, sebelum merakam video, kesan kabur di bahagian belakang itu boleh diprasetkan dan dipratonton terlebih dahulu.

Kesan dipanggil 'blurring' itu pula ternyata setanding dengan kamera refleksi lensa tunggal (SLR) kerana ia dapat menyerlahkan objek yang dipilih terutama pada gambar landskap atau pemandangan.


Audio Zum: Reno2 juga sesuai untuk YouTuber yang mempunyai kandungan berbeza seperti mereka yang fokus kepada topik makan angin atau jalan-jalan dan pastinya masa banyak diluangkan di luar.

Bunyi sesuatu objek utama boleh dikuatkan apabila melakukan zoom bagi menghasilkan video yang lebih berkesan. Ia amat berguna ketika penggambaran dalam keadaan angin kencang atau di kawasan jalanan yang sibuk.


Reno2 turut hadir dengan aplikasi SoLoop untuk penyuntingan video yang mudah di peranti ini. Ia boleh mengesan video yang disimpan dalam album dan dengan bijak menghasilkan klip video yang disunting dengan sempurna.

YouTuber boleh menyunting video dalam perjalanan tanpa proses pemindahan yang panjang kerana SoLoop menyediakan 'template' pintar yang secara automatik akan disyorkan kepada pengguna selepas memilih beberapa video.

Ruang asas untuk 'clipping' dan penciptaan juga disediakan untuk memenuhi permintaan peribadi pengguna. Ini tidak akan mengehadkan kreativiti pengguna kerana mereka boleh terus menambah video yang sedang berlangsung mahupun pada isi kandungan terkini yang sedia ada.

MOD Malam Ultra; ON / OFF
MOD Malam Ultra; ON / OFF

Satu lagi ciri yang menonjol ialah Mod Ultra Dark. Ia memberi manfaat kepada Youtuber bagi menangkap gambar dalam keadaan cahaya yang rendah kerana ia juga boleh mengambil butiran yang tidak dapat dilihat dengan mata manusia.

Terima kasih juga kepada NPU. Ciri ini memecah batas sempadan fotografi kerana pengguna dapat menangkap apa yang mereka lihat walau apa pun keadaan persekitarannya.

Selain itu, lensa 8MP sudut lebar ini juga berfungsi membuat rakaman makro. Bukan setakat boleh rakam lebih jauh, malah lebih dekat perincian sesuatu objek itu kepada penonton.

Tidak lupa, prestasi Zum Hibrid 5x dan 20x Digital zum yang sangat berguna untuk konsert, parti dan banyak lagi. Semua mungkin dengan teknologi gabungan kombinasi kanta zum, termasuk lensa sudut lebar, kamera utama, dan lensa fokus panjang, dengan masing-masing panjang fokus bersamaan 16mm, 26mm dan 83mm.


Sunlight AMOLED Screen mempunyai keistimewaan tersendiri ketika penggunaannya sama ada pada waktu siang mahupun malam.

Pada siang hari, ia menawarkan kecerahan mencukupi walaupun dalam persekitaran luaran yang terang. Ia juga memanjangkan tempoh penggunaan skrin sebanyak 50 peratus dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6 peratus.

Pada waktu malam pula, OPPO meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan memasukkan penapisan cahaya biru untuk melindungi mata melalui penurunan sebanyak 37.5 peratus cahaya biru.

Dengan ini, ia mampu mengurangkan kerosakan mata dan memberi lebih keselesaan pada bahagian itu apabila melihat skrin Reno2 pada waktu malam.

OPPO Reno2 adalah telefon pintar pertama yang diiktiraf dengan pensijilan paparan penjagaan penuh dari TUV Rehinland yang kini merupakan spesifikasi tertinggi syarikat itu untuk paparan mudah alih.


YouTuber tidak perlu risau mengenai jumlah storan untuk menyimpan semua hasil seni apabila menggunakan Reno2 kerana peranti dipacu Snapdragon 730G ini mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik istimewa, seperti kapasiti memori sebesar 8GB ROM + 256GB RAM memori.


Ia turut dikuasakan teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 baharu dan mempunyai Hyper Boost 2.0 serta pensijilan permainan lima bintang TUV untuk pengguna yang mengutamakan layanan pantas dalam permainan video tetapi menjimatkan penggunaan bateri.

Dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang ditugaskan untuk menjana peranti dan VOOC Flash Charge 3.0, anda boleh bermain video sambil mengecas telefon. Ia tidak berbahaya atau terlampau panas.

OPPO Reno2 ini juga dilengkapi dengan teknologi dwi wifi yang boleh menyambungkan kepada dua Hotspot berbeza untuk mengakses Internet.

Rangkaian dua hotspot dua hala ini berfungsi secara serentak untuk memilih isyarat optimum bagi menjadikan sambungan yang lebih baik. Sebagai contoh, hotspot 2.4G dan hotspot 5G ini boleh menggunakan frekuensi yang berbeza tanpa sebarang gangguan sekaligus membolehkan anda menerima dan menghantar data secara bebas.

OPPO Reno2 berharga RM2,299 manakala Reno2F berharga RM1,599 boleh dibeli di OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di Laman Web Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang di Lazada atau Shopee; dan rakan kedai Rangkaian OPPO Senheng, senQ, dan DirectD.

Tawaran OPPO Reno2

OPPO Reno2 mula dijual hari ini dan seterusnya di setiap OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di laman web OPPO, kedai rakan e-dagang di Lazada atau Shopee; rakan kongsi telekomunikasi iaitu Celcom Digi Maxis, dan rakan OPPO Chainstore Senheng, senQ, dan DirectD.

Pelanggan AEON boleh menggunakan kredit AEON untuk mendapatkan OPPO Reno2 dengan kadar faedah rendah untuk ansuran 12 bulan. Tiada deposit dan kad kredit diperlukan! terdapat di setiap kedai konsep, kedai terpilih dan kedai Telco terpilih dari sekarang hingga 30 November 2019.

Pameran roadshow pertama OPPO Reno2 juga mencapai dua kali ganda jualan berbanding dengan model terdahulu, OPPO Reno.


Sejak hari jualan pertama OPPO Reno2, OPPO Malaysia bukan sahaja mencapai rekod jualan yang hebat di kedai jualan rasmi dan dalam talian, tetapi juga di platform rakan telekomunikasi mereka termasuk Celcom, Digi dan Maxis. Ini sebahagiannya disebabkan pelan mudah alih yang berpatutan yang disalurkan kepada O-Fans.

Reno2 kekal No.1 bagi telefon pintar dalam harga RM2,000 dan RM2,300 di kedai-kedai telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi dan Maxis!

Sokongan dari pelan pakej yang hebat dari rakan kongsi telekomunikasi Celcom, Digi dan Maxis juga menyumbang kepada pencapaian rekod jualan hebat OPPO Reno2.

OPPO bekerja dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan Maxis, Celcom dan Digi untuk membentangkan tawaran terbaik kepada pengguna kami.


Kini dengan Maxis, anda boleh membeli OPPO Reno2 terbaru dan dapatkan satu lagi OPPO Reno2 secara percuma dengan melanggan pakej Maxis Zerolution.

Dengan mendaftar Zerolution Buy 1 Free 1 yang bernilai RM158 + RM48 talian bersama dan 99 pelan ansuran bulanan, anda boleh mendapatkan dua telefon Reno2 dan Beg Reno Eksklusif bernilai sehingga RM199! Selain itu, anda akan mendapat ansuran peranti tiga bulan percuma. Untuk lebih lanjut lawati https://www.maxis.com.my/devices/brands/oppo/reno2/.


Bagi pengguna Celcom, dapatkan OPPO Reno2 secara PERCUMA dengan ‘Celcom Mobile Platinum Plus Plan’ dan beg eksklusif Reno. OPPO Reno2 juga boleh didapati dengan pelan Celcom EasyPhoneTM serendah RM52 sebulan. Untuk lebih lanjut, layari https://shop.celcom.com.my/device-detail/oppo-reno2.



Digi pula, dapatkan Digi Postpaid Family with PhoneFreedom 365! Memperoleh 3x OPPO Reno 2 dari RM204 sebulan dan nikmati 100GB dan panggilan tanpa had sebagai talian utama dengan hanya RM38 sebulan untuk setiap talian kedua.

Turut ditawarkan, bayaran bulanan ALL-IN terendah di Digi PhoneFreedom 365 pada RM68 + Bulanan pelan RM90 serta nikmati RM0 Pendahuluan, Internet 0% kadar faedah dan 30GB + 100GB YouTube.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat ke outlet Digi terdekat dan melanggan pelan terendah dan menerima beg eksklusif Reno bernilai RM 199 secara percuma! Layari https://www.digi.com.my/shop/postpaid-plans/family-plan/others#smartphones

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 November 2019 @ 5:20 PM