KERJA penurapan jalan bagi menyelesaikan masalah debu dan habuk di Kampung Seberang Baroh Tok Molor giat dilakukan. FOTO Baharom Bakar
KERJA penurapan jalan bagi menyelesaikan masalah debu dan habuk di Kampung Seberang Baroh Tok Molor giat dilakukan. FOTO Baharom Bakar
Baharom Bakar


KONTRAKTOR yang mengendalikan aktiviti pemunggahan tanah menyebabkan laluan sejauh kira-kira 100 meter (m) di Kampung Seberang Baroh dan Tok Molor di sini, berdebu bersetuju menyelesaikan semua isu dibangkitkan penduduk.

Sambil mengakui kelemahan komunikasi punca utama menyebabkan keresahan penduduk, kontraktor berkenaan mempunyai perancangan termasuk membaiki jalan yang mengalami kerosakan selepas kerja pemunggahan tanah selesai.

Wakil kontraktor, Nor Elliana Amir Khalid berkata, pihaknya akan segera melakukan kerja penurapan laluan sejauh 100m menggunakan batu blok.

Beliau berkata, syarikatnya diberi tanggungjawab oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menambak paya di Kampung Seberang Baroh dan Tok Molor seluas 1.6 kilometer persegi sejak pertengahan Julai lalu.

“Kami terpaksa menggunakan laluan itu untuk mengangkut tanah dari Kampung Bukit Chendering ke Kampung Tok Molor dan Seberang Baroh berikutan jalan utama ditutup untuk laluan projek pembinaan Kuala Terengganu Bypass.

“Debu berterbangan sehingga menimbulkan keresahan penduduk berlaku di laluan lori mengangkut tanah,” katanya dalam majlis dialog antara penduduk dan syarikat anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seberang Baroh dan Tok Molor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 5:30 AM