Shopee

KERETA Honda City atau motosikal Yamaha boleh dibeli pada harga RM1?. Mungkin kedengaran mustahil tetapi dengan tawaran Shopee 9.9 Super Shopping Day, ia akan menjadi realiti apabila promosi 'One or Not' yang ditawarkan dalam kempen itu menawarkan diskaun sehingga 90 peratus mulai sekarang sehingga 9 September ini.

Lebih banyak barangan ditawarkan termasuk barangan terpilih pada harga hanya RM1 termasuklah kereta Honda City atau motosikal Yamaha.

Shopee menjangkakan jualan sempena kempen ini sama seperti tahun sebelumnya.

Promosi hebat lainnya adalah Jualan Kilat Shocking (tawaran serendah RM1), Pek Baucar Hebat RM9.90 terdiri daripada Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, KKday, Muslim Pro, MBo, Dunkin Donuts, Recommend.my dan Teppanyaki.

Tambah mengujakan, Shopee juga menawarkan penghantaran percuma menerusi perbelanjaan minimum RM9 sempena kempen membeli-belah tahunannya itu.


Selain itu, Shopee sekali lagi menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi rebat pembelian seterusnya menerusi syiling yang dimenangi dalam permainan Super Shopee Shake di mana sebanyak 99 juta syiling tersedia untuk dimenangi.

Menerusi permainan ini, pelanggan hanya perlu menggoncangkan telefon pintar mereka sepantas mungkin dalam masa yang diberikan sehingga tamat dan tiga bola yang ditandatangani duta Shopee, Cristiano Ronaldo turut menanti pemenang.

Uji juga minda anda dengan Shopee Quiz yang diadakan pada setiap jam 12 tengah hari, hari bekerja di mana pengguna perlu menjawab semua soalan dengan betul untuk memenangi syiling.

Anda juga boleh memenangi jersi yang ditandatangani Cristiano Ronaldo dengan mengikuti laman sosial Instagram @shopee_my dan 'like' pada paparan peraduan.


Kemudian, ambil gambar anda dengan meniru gaya atau 'pose' terbaik Cristiano Ronaldo dan muat naik di 'Instagram Story' masing-masing sambil 'tag' @shopee_my.

Akhirinya dengan menangkap layar (screen shot) Instagram story itu dan emel ke [email protected]. Peraduan ini berakhir pada 4 September 2019.

Selain itu, anda boleh menyaksikan Shopee Live di aplikasinya pada setiap hari yang membawa pengguna lebih dekat dengan jenama dan barangan kegemaran yang dijual selain peluang memenangi hadiah menarik, Samsung Galaxy Note 10.

Untuk maklumat lanjut mengenai 9.9 Super Shopping Day, layari https://shopee.com.my/99

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 10:00 AM