JKM sedang mengesan ibu kandung atau waris Surniayaneen Mat Kai Wen yang berada bawah jagaan JKM sejak 2006. FOTO ihsan JKM.
JKM sedang mengesan ibu kandung atau waris Surniayaneen Mat Kai Wen yang berada bawah jagaan JKM sejak 2006. FOTO ihsan JKM.
Zuhainy Zulkiffli


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedang mengesan ibu atau waris seorang remaja perempuan yang kini di bawah jagaan institusi berkenaan.

Jurucakapnya berkata, remaja berkenaan, Surniayaneen Mat Kai Wen, 13, sudah berada di bawah jagaan JKM sejak 2006.

“Ibunya yang dikenali sebagai Loo Soo Ee tidak pernah bertanyakan mengenai Surniayaneen sejak anaknya ditinggalkan di bawah jagaan JKM.

“Sehubungan itu, wanita terbabit atau waris diminta berhubung dengan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat) Rossilawati Aminudin di talian 04-2277412 atau 04-2277413,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:21 PM