SUAD melahirkan anaknya, Arafah. FOTO Agensi
SUAD melahirkan anaknya, Arafah. FOTO Agensi
Agensi

MINA: Seramai lapan bayi dilahirkan di hospital Makkah, Mina dan Arafat pada musim haji, kata Kementerian Kesihatan, semalam.

Laporan kementerian yang dipetik oleh Agensi Tekan Saudi (SPA) berkata, Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah mendaftarkan lima kelahiran, manakala dua di Arafat dan satu di Mina.

Suad Mohammed Barbush, 40, dari Libya melahirkan bayi lelaki di Hospital Jabal al-Rahma dan menamakan anaknya Arafah.

Menurut Arab News, kebiasaannya ibu bapa memilih untuk menamakan anak mereka yang dilahirkan di gunung suci itu sebagai Arafah atau Arafat.

Jemaah wanita dari Guinea, Maimunah Ali, 23, melahirkan anak di Hospital Timur Arafat beberapa jam selepas mendaki gunung itu bersama suaminya pada pagi.

MAIMUNAH dan anak lelakinya, Mohammed Salman. FOTO Agensi
MAIMUNAH dan anak lelakinya, Mohammed Salman. FOTO Agensi

Maimunah dan suaminya, Abu Bakr bersetuju untuk menamakan bayi lelaki mereka Mohammed Salman, sempena Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Pada 15 Julai lalu, bayi yang diberi nama Ahmed Madina menjadi bayi pertama dilahirkan ketika musim haji tahun ini.

Pasangan suami isteri dari India memilih nama berkenaan sempena kota suci Madinah, lapor media tempatan, Saudi Arabia.

Agensi Berita SPA melaporkan bayi itu lahir berada dalam keadaan sihat.

Bapa bayi itu berkata, cintanya kepada bandar Nabi Muhammad SAW membuatnya memilih Madinah sebagai nama anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 4:30 AM