Mohd Hilmie Hussin


TUN Dr Mahathir Mohamad bersama-sama ribuan jemaah, menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri tiba di masjid jam 8.17 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha, Di manakah pengorbanan kita?’.

Beliau menyeru supaya umat Islam bertawakal kepada Allah SWT, dengan memahami erti sebenar ibadah korban sekali gus menjadikan masyarakat prihatin.

“Setiap umat harus mengambil sikap prihatin dan bersedia berkorban dalam menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang hidup dalam kesusahan terutamanya saudara Islam yang berdepan pergolakan di seluruh dunia,” katanya, ketika membaca khutbah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 9:32 AM
DR MAHATHIR menunaikan solat sunat Adiladha bersama orang ramai yang di imamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad. FOTO Mohd Yusni Ariffin
DR MAHATHIR menunaikan solat sunat Adiladha bersama orang ramai yang di imamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad. FOTO Mohd Yusni Ariffin