GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Sabran Md Sani


SEBANYAK 170,000 pemegang akaun Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) di Johor Bahru akan mengalami gangguan bekalan air bersih selama 23 jam bermula 10 pagi pada 30 Julai ini.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, gangguan sehingga 9 pagi keesokannya susulan kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah meluluskan permohonan Ranhill SAJ untuk melakukan penyelenggaraan di LRA Sungai Johor 30 Julai ini.

“Penyelenggaraan ini akan mengakibatkan sebahagian kawasan di daerah Johor Bahru mengalami gangguan air bersih selama 23 jam bermula 10 pagi, 30 Julai ini (Selasa),” kata kenyataan itu.

Katanya, gangguan bekalan air bersih membabitkan 170,000 akaun pengguna.

Antara lokasi bakal mengalami gangguan bekalan air ialah keseluruhan Taman Ehsan Jaya, Taman Desa Jaya, Taman Desa Cemerlang, Taman Bukit Tropika, Taman Industri Gemilang, Taman Industri Tropika dan Taman Johor Jaya.

Selain itu, Taman Daya, Kempas Lurah, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kempas Banjaran, Taman Indah dan Tampoi Jaya, Industri Jalan Kempas serta Taman Kempas.

Selain itu Kuarters dan Stor TNB Kempas, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hospital Permai, Taman Seroja, Taman Bukit Alif, Bandar Baru Uda serta bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Seterusnya, Taman Kobena, Taman Desa Rahmat, Kampung Seri Serdang, Greenfield Melana Indah, Kampung Pasir, Taman Tampoi, Taman Okid, Country Garden, Larkin Idaman, Larkin Jaya, Pasar Larkin, Taman Sentosa, Taman Kebun Teh, Taman Iskandar, Kampung Bakar Batu dan Istana Pasir Pelangi.

Kawasan lain ialah Taman Sri Intan, Stulang Laut, Stulang Darat, Jalan Lumba Kuda, Taman Nusa Idaman, Taman Nusa Bestari, Taman Mount Austin, Taman Austin Height, Austin Perdana, Taman Perling, Taman Sutera, Kampung Sungai Danga, Taman Iskandar Puteri, Kampung Ulu Pulai dan Pangsapuri Bukit Saujana.

Justeru, Ranhill SAJ mengingatkan penduduk di kawasan terjejas supaya menyimpan air secukupnya bagi tempoh gangguan bekalan itu.

“Pengguna diminta tidak panik kerana ini adalah penyelenggaraan rutin bagi memastikan kualiti air bersih dapat terus dibekalkan kepada pengguna pada masa akan datang,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut dan informasi terkini boleh didapati di laman sesawang www.ranhillsaj.com.my dan talian mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) 019-7727474.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 4:38 PM