GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

PROSES pemulihan gangguan bekalan air di kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran bau di Sungai Selangor, mencapai tahap pemulihan keseluruhan 86 peratus, setakat 6 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata bagaimanapun wilayah Kuala Selangor dan Hulu Selangor mencatatkan pemulihan sepenuhnya.

“Pemulihan bekalan air sehingga 6 pagi tadi berdasarkan akaun pelanggan berdaftar yang terjejas mencapai tahap 86 peratus.

“Bantuan lori-lori air masih terus digerakkan di kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas dengan gangguan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran bau yang di kesan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 10:06 AM