Khairy Jamaluddin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Khairy Jamaluddin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling


AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak berminat dengan pelawaan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya gembira dengan kedudukan saya sekarang,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Syed Saddiq yang juga Ketua Armada BERSATU mempelawa Khairy menyertai partinya.

Beliau ketika membuat pelawaan itu menerusi Twitter berkata, tindakan berkenaan bagi memperkukuh kedudukan parti yang berhaluan sederhana buat masyarakat Melayu.

Beliau mempelawa Khairy selepas bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai asas apabila mengajak semua parti Melayu untuk menyertai BERSATU.

Jumaat lalu Dr Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Beliau yang juga Pengerusi BERSATU berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 2:41 PM