LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Khairul Najib Asarulah Khan


“JANGAN salahkan pemandu dan pengusaha bas,” kata Pengerusi Pemandu dan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Ahmad Fauzi Murad susulan tragedi menimpa murid Tahun Enam yang maut akibat terjatuh dari bas dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik, dekat Kandis, Bukit Yong, Pasir Puteh, kelmarin.

Beliau berkata, setiap kali murid menaiki bas, pemandu sering menasihati mereka supaya tidak bergurau senda atau bermain di dalam bas.

Katanya, tingkah laku murid sukar dikawal ditambah pula mereka yang ramai selain pemandu bas perlu memberi tumpuan dalam pemanduan.

“Jika dilihat kejadian itu berlaku di bahagian hadapan pintu masuk bas di mana ketika itu bas

terbabit sedang bergerak.

“Senario itu dipercayai mangsa bersama rakannya sedang bermain sebelum terjatuh ke bahagian bawah bas lalu digilis tayar kenderaan itu.

“Sememangnya, kejadian menyayat hati itu mengejutkan semua pihak namun kita tidak boleh salahkan pemandu dan pengusaha bas sahaja sebaliknya faktor lain perlu diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, bersama 30 murid tahun enam dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang ke Besut,

Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun, sebaik sampai di Bukit Yong, dekat Pasir Puteh, Kelantan, kanak-kanak itu dipercayai

terjatuh ke jalan raya dari lantai bas yang reput sebelum digilis.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata, setiap enam bulan pengusaha bas wajib menjalani

pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Pegawai PUSPAKOM bukan sahaja akan memeriksa enjin, brek dan lain-lain komponen berfungsi dengan baik malah mereka turut memandu bas terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan.

“Jika dikatakan lantai bas itu reput, mungkin ia tidak disedari. Ditambah pula, pemandu bas menggunakan pintu berbeza,” katanya.

Berita berkaitan

Bas sekolah lantai reput lulus Puspakom

'Saya sempat pegang bahu Adam'

Tolong siasat kejadian menimpa Adam!

Adam, bersemadi lah dengan tenang..

Pilu kehilangan anak lelaki tunggal

[UPDATE] Mangsa dipercayai bermain dalam bas

Tragedi lantai bas reput

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 9:52 AM