GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


LELAKI maut selepas dihempap besi ketika berkerja di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G) di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu 3.57 petang hari ini.

Menurutnya, kejadian membabitkan pekerja yang dihempap besi ketika menjalankan proses pemasangan pelantar di kawasan itu.

“Polis mendapati mangsa yang berusia 29 tahun dihempap besi dianggarkan seberat satu tan ketika menjalankan pemasangan besi pelantar yang dipanggil ‘jacket’.

“Mangsa mengalami kecederaan separuh badan hingga kepala dan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 12:11 AM