Bakal jemaah haji dari Perak menyertai Kursus Perdana Haji Musim Haji 1440H/2019M di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh baru-baru ini. FOTO Abdullah Yusof
Bakal jemaah haji dari Perak menyertai Kursus Perdana Haji Musim Haji 1440H/2019M di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh baru-baru ini. FOTO Abdullah Yusof
Mohamad Hussin


SERAMAI 30,200 bakal jemaah akan menunaikan haji bagi musim haji 1440 Hijrah/2019M.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, terdapat 62 penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 34 penerbangan ke Jeddah manakala 28 penerbangan ke Madinah.

“Penerbangan KT1 yang membawa 480 jemaah pertama akan berlepas ke Tanah Suci, Khamis ini.

“Stesen dan lokasi pelepasan jemaah adalah seperti yang tertera dalam surat penerbangan masing-masing.

“Jemaah negara ini dijadualkan berlepas dari lapan stesen KLIA, Alor Setar, Pulau Pinang, Senai, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching,” katanya hari ini.

Anis Zuhani berkata, penerbangan terakhir yang membawa jemaah adalah pada 4 Ogos ini.

Lagi berita berkaitan Wasilah Haramain

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 6:55 PM