PENDUDUK Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, dekat Gua Musang, menunggu giliran menerima suntikan vaksin daripada petugas khas Jabatan Kesihatan Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
PENDUDUK Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, dekat Gua Musang, menunggu giliran menerima suntikan vaksin daripada petugas khas Jabatan Kesihatan Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


SERAMAI 204 penduduk Orang Asli suku Batek dari Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 mula diberi suntikan vaksin, semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, suntikan itu diberikan untuk mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit.

Katanya, proses pemberian suntikan vaksin itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada penduduk Orang Asli.

“Bagaimanapun, penduduk yang demam dan mengandung akan diberi suntikan kemudian.

“Penduduk Orang Asli di dua kampung berkenaan menerima suntikan vaksin daripada petugas khas Jabatan Kesihatan Gua Musang,” katanya.

Menurutnya, Orang Asli yang selesai menerima rawatan hospital akan terus ditempatkan sementara di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Etnobotani, Gua Musang.

“Langkah itu bagi menjaga keselamatan mereka daripada terus dijangkiti penyakit berkenaan.

“Setakat ini tidak ada lagi kes baru dikesan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 11:02 AM