Mohd Husni Mohd Noor


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa termasuk dakwaan rasuah membabitkan seorang menteri kanan Kabinet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, siasatan bagi kes itu akan dikendalikan di bawah timbalannya dan pasukan siasatan beliau.

“Saya tidak akan terbabit dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Sekretariat Suara Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM bagi meminta agensi itu menyiasat dakwaan pemindahan dana berjumlah kira-kira RM4 juta atau USD741,440 ke akaun bank milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di luar negara sekitar Disember 2017.

Pengerusinya Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan, beliau menerima satu rekod transaksi dana oleh UEM Group Bhd ke atas akaun Mohamed Azmin di Deutsche Bank AG - ZR BR, no akaun 0061508230587 pada 19 Disember 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 4:22 PM