KEADAAN bas terbabit. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN bas terbabit. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan 12 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang cedera dalam kemalangan bas dan sebuah kenderaan di Bukit Tangga dekat Jelebu, hari ini.

Bahagian Komunikasi Korporatnya berkata, enam pelajar yang cedera dibawa ke Hospital Jelebu, manakala lima pelajar yang cedera ringan diberi rawatan di Klinik Kesihatan Jelebu.

“Seorang lagi pelajar tingkatan empat yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di Seremban, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya, MARA akan menggerakkan usaha bagi memastikan semua pelajar diberi rawatan yang terbaik.

“Pihak kami menzahirkan penghargaan kepada anggota penyelamat yang membantu membawa semua pelajar ke hospital,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang Pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, Maut, manakala 24 penumpang dan seorang pemandu cedera selepas bas dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Kuala Klawang-Seremban berhampiran Bukit Tangga.

Tutur cedera dalam kejadian itu, dua lelaki yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail.

Difahamkan, bas dalam perjalanan ke Terminal One, Seremban itu membawa 25 penumpang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang.

Pelajar dikatakan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi membuat persiapan Aidilfitri.

Berita berkaitan

Tragedi pulang ke kampung

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 8:30 PM