Instagram Natasha Amran yang dikongsinya pagi tadi.
Instagram Natasha Amran yang dikongsinya pagi tadi.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


CHEF selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia di rumah ibu bapanya di Kota Bharu akibat jangkitan paru-paru pagi tadi.

Berita berkenaan turut dikongsi sepupu arwah, Natasha Amran menerusi laman Instagram hari ini.

“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.

“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Allahyarham yang juga bapa saudara Fatimah London adalah peserta rancangan masakan Hero Oven musim kedua di TV3.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 10:38 AM