PENGHUNI rumah kebajikan diberi peluang menunggang motosikal berkuasa tinggi. FOTO BERNAMA
PENGHUNI rumah kebajikan diberi peluang menunggang motosikal berkuasa tinggi. FOTO BERNAMA
Idris Musa

KIRA-KIRA 200 kanak-kanak daripad pelbagai pertubuhan kebajikan dan rumah bakti diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bank Muamalat Malaysia Berhad Bersama Anak Yatim di Pusat Konvensyen Sime Darby, semalam.

Pertubuhan dan rumah bakti terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (kids), Rumah Bakti Al-Kausar Bangi, Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih dan Autism Nasom.

Sebelum berbuka puasa, kanak-kanak terbabit dibawa menaiki kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi, selain menerima duit raya yang disempurnakan isteri pihak pengurusan Bank Muamalat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, kanak-kanak terbabit seronok datang berbuka puasa terutama mereka yang kali pertama mendapat peluang berbuka di luar rumah.

PENGHUNI rumah kebajikan diberi peluang  menaiki kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi  pada  Majlis Iftar Bank Muamalat  di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, semalam. FOTO BERNAMA
PENGHUNI rumah kebajikan diberi peluang menaiki kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi pada Majlis Iftar Bank Muamalat di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, semalam. FOTO BERNAMA

“Apatah lagi (mereka) diberi kesempatan menaiki kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi.

“Mereka juga dapat mendekorasi kad raya serta menerima hadiah kuiz dan cabutan bertuah,” katanya.

Majlis bertemakan Breakfast & Furious yang memasuki tahun keenam itu turut membabitkan kerjasama Lotus Official Club Malaysia, Lotus Cars Malaysia, BMW Motorride Club Malaysia dan Kelab Motor Berkuasa Tinggi Bank Muamalat (ROKEB).

Wan Mohamad Amirudin, 14, dari Rawang, Selangor, yang berkesempatan menaiki kereta mewah berkata, dia seronok diberi kesempatan itu.

“Sebelum ni memang tak pernah naik. Lama teringin. Ini peluang kali pertama menaikinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 5:31 AM