ANGGOTA APM memotong dan membersihkan pokok tumbang. FOTO Hamzah Osman.
ANGGOTA APM memotong dan membersihkan pokok tumbang. FOTO Hamzah Osman.
Hamzah Osman


Meskipun berpuasa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap melaksanakan tugas membersihkan pokok tumbang tersangkut pada talian elektrik hingga menghalang jalan di Kampung Teluk, Langkawi, hari ini.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 11.48 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai tiga anggota lengkap membawa peralatan melakukan khidmat tugas khas memotong dan membersihkan pokok tumbang tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong pokok tumbang menggunakan mesin gergaji dan melakukan kerja pembersihan,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 12.31 tengah hari dan jalan dibuka semula untuk kegunaan penduduk kampung.

“Ketika kejadian cuaca dilaporkan baik dan APM sentiasa bersedia memberikan khidmat bantuan kecemasan pada bila-bila diperlukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 3:23 PM