MOHD Farid (kanan) memeriksa ayam bakar pasu yang dijualnya di Taman Suria, Jitra. FOTO Amran Hamid
MOHD Farid (kanan) memeriksa ayam bakar pasu yang dijualnya di Taman Suria, Jitra. FOTO Amran Hamid
Muhaamad Hafis Nawawi


MENGGUNAKAN resipi ibunya kemudian diolah cara membakar ayam menggunakan pasu yang dipelajari melalui internet.

Idea itu ternyata berbaloi dan memberi sumber pendapatan tambahan setiap kali menjelang Ramadan sejak tiga tahun lalu kepada Mohd Farid Ismail, 33.

Menurutnya, idea tercetus untuk menjual ayam bakar pasu itu mula terdetik dengan melihat internet cara penyediaannya sebelum dia sendiri mencubanya dan ia ternyata berbaloi kerana ayam dibakar itu sedap, isinya lembut, manakala aromanya juga lebih harum.

Menurutnya, ramuan perapan ayam pula diwarisi dari ibunya dan diolah cara membakarnya sehingga dia mampu menjual 50 ayam setiap kali Ramadan setiap hari yang dijual pada harga RM20 seekor.

“Saya hanya berniaga di tepi jalan di Taman Suria (Jitra, Kedah) yang mana ayam ini bukan hanya dapat dibeli ketika Ramadan sebaliknya pada hari biasa juga pelanggan dapat menikmatinya.

“Cumanya ketika Ramadan, saya hanya akan mula berniaga 4 petang dan jumlah ayam juga ditambah berbanding hari biasa yang hanya terjual 20 ekor,” katanya.

Dia yang turut mengusahakan sawah padi berkata, ayam yang dibakar dalam pasu rasanya tidak sama dengan yang dibakar menggunakan kaedah golek atau salai.

“Setakat ini rata-rata pelanggan yang membeli berpuas hati dan memberitahu ayam dibakar dalam pasu itu sedap.

“Saya juga mengupah tiga pekerja dan seorang daripadanya menjual dan dua lagi untuk proses membakar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 11:43 PM