GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Junaidi Ladjana


SEORANG wanita parah ditikam anak perempuannya hanya kerana meminta untuk menjaga sepupunya dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mantailang Bawah, Tenom.

Dalam kejadian 29 April lalu itu, mangsa berusia 48 yang parah di dada dan perut kemudian dikejarkan ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, kejadian berlaku susulan pertengkaran mulut antara mangsa dengan anaknya berusia 30 tahun itu.

“Pertengkaran berlaku selepas mangsa meminta supaya anaknya untuk menjaga sepupunya, namun dia enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

“Wanita itu kemudian bertindak agresif dengan menikam ibunya sebanyak dua kali di badannya sebelum beredar dari rumah itu,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek berjaya ditahan polis, Sabtu lalu.

“Siasatan masih diteruskan dan suspek ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 1:15 PM