FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Iskandar Shah Mohamed


DUA individu termasuk pemilik sebuah syarikat direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah lebih RM180,000 berhubung projek pembinaan gudang, empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Rosli Sulaiman.

Terdahulu, dua suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Kompleks Mahkamah Klang, Klang, 9.10 pagi, tadi.

Sumber berkata, mereka ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam, 5.20 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu bekas pengurus projek disyaki

menerima suapan daripada pemilik syarikat berkenaan antara 2015 hingga 2017.

“Ia sebagai balasan mengesahkan kerja tidak menepati spesifikasi berkaitan sebuah projek pembinaan gudang,” katanya.

Kata sumber itu, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Datuk Alias Salim mengesahkan perkara berkenaan dan berkata siasatan sedang dijalankan pihaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 12:30 PM