FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Iskandar Shah Mohamed


BEKAS pengurus projek dan pemilik sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan lebih RM180,000.

LELAKI berusia 40 dan 44 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, 5.20 petang tadi.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati bekas pengurus projek itu disyaki menerima wang suapan daripada pemilik syarikat berkenaan.

“Ia sebagai balasan mengesahkan kerja tidak menepati spesifikasi membabitkan projek pembinaan sebuah gudang.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk mendapatkan perintah reman pagi esok,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan pihaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 7:48 PM