BERNAMA

BEKALAN air di enam kawasan yang terbabit dengan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga 6 pagi hari ini.

Henti tugas LRA SSP2 bermula Rabu lalu menyebabkan gangguan bekalan air membabitkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan atas kerjasama diberikan ketika gangguan bekalan sementara dan kerja penambahbaikan terbabit,” kata Syabas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 9:38 AM