(DARI kiri) Mohd Ishak, Baharom, Rozainah dan Ghazali bersama replika hadiah dimenangi pada Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2019 di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Zaid Salim.
(DARI kiri) Mohd Ishak, Baharom, Rozainah dan Ghazali bersama replika hadiah dimenangi pada Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2019 di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Zaid Salim.
Ahmad Rabiul Zulkifli


DUA wartawan, dua jurugambar Harian Metro dan wartawan serta jurukamera TV3 Terengganu mengungguli Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2019, malam tadi.

Wartawan Harian Metro, Zatul Iffah Zolkipli dan Baharom Che Bakar berkongsi kemenangan bagi Anugerah Penulisan Berita Terbaik Bahasa Melayu (Pendidikan), sekali gus membawa pulang hadiah RM500 menerusi berita bertajuk Enam Bulan Tidur Atas Kerusi Roda disiarkan pada 18 November 2018.

Jurugambar, Ghazali Kori memenangi Anugerah Foto Berita Terbaik (Penyelidikan) menerusi gambar bertajuk Tamak Punca Pencemaran Alam Sekitar manakala Rozainah Zakaria memenangi Anugerah Foto Berita Terbaik (Pendidikan) melalui gambar bertajuk Enam Bulan Tidur Atas Kerusi Roda dan masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM500.

Wartawan dan jurukamera TV3 Terengganu, Ishak Abdillah Ngah dan Abdul Aziz Abdullah pula memenangi Anugerah Laporan Berita TV Terbaik (Komuniti/Am) dan turut memenangi hadiah wang tunai RM500.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan menyampaikan anugerah kepada semua pemenang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 12:41 AM