Ibrahim Isa


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk

pegawai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, hari ini, untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Dua lagi yang ditahan pada 2.30 petang di Pejabat SPRM Johor adalah pengarah syarikat swasta dan pensyarah sebuah kolej di Ampang, Selangor.

Mereka bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada UTM berkaitan perbelanjaan program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) berjumlah RM689,000 sedangkan siasatan mendapati program itu tidak dilaksanakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan.

Beliau memaklumkan, semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan reman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 5:52 PM