GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ibrahim Isa


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, hari ini menahan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Siasatan dijalankan mendapati kedua-dua suspek bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM2,200 bagi pembayaran tuntutan kawalan RELA menggunakan satu penama tidak hadir bertugas untuk pos kawalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor pada Mac lalu.

Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia 46 dan 50 tahun ditahan pada 6 petang hari ini di Pejabat SPRM Johor.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, namun enggan mengulas lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 11:18 PM