Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin BERSATU Johor di Ibu Pejabat BERSATU hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin BERSATU Johor di Ibu Pejabat BERSATU hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli
BERNAMA

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor menyokong sepenuhnya siapa saja yang akan dinamakan parti itu sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Pengarah Media BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri berkata, ketua bahagian BERSATU Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menamakan bakal menteri besar terbabit.

“Ketua Bahagian Johor yang berbincang malam tadi menyampaikan pendirian kepada Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam pertemuan petang ini di Ibu Pejabat BERSATU untuk menyerahkan kepada pucuk pimpinan menamakan bakal MB,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Solihan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang berkata, ketua bahagian BERSATU Johor dalam pada itu turut menghormati keputusan Datuk Osman Sapian melepaskan jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata, mereka merakamkan terima kasih atas jasa dan khidmat Osman kepada parti dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Osman sebagai Menteri Besar Johor berkuat kuasa Isnin lalu.

Osman, 67, Menteri Besar Johor ke-16 dipercayai menteri besar paling singkat tempoh perkhidmatannya, kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei tahun lalu berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berita berkaitan

'Tak perlu bubar DUN Johor - Muhyiddin'

'Tak wajar saya kembali jadi MB'

‘Saya akan jelaskan Sabtu ini’ - Osman

Bakal MB Johor perlu berpengalaman, baik dengan istana

'[UPDATE] MB Johor milik BERSATU - Anwar

'Umum pemangku MB Johor segera

'[UPDATE] Memimpin Johor bukan mudah - Mohamed Khaled

'https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/442878/update-mb-johor-paling-singkat

'Dia mahu letak jawatan, kami terima' - PM

MB Johor letak jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 9:46 PM