GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


TEMPOH reman suspek kes rogol, liwat dan pukul seorang remaja, 22 Mac lalu dilanjutkan enam hari lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 30 tahun itu akan ditahan sehingga 4 April untuk siasatan mengikut Seksyen 376/377D/324 Kanun Keseksaan.

“Reman terhadapnya tamat semalam dan kita memohon untuk lanjutan dengan mahkamah membenarkan selama enam hari lagi.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan suspek ditahan selepas dipercayai merogol, meliwat dan memukul adik iparnya berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu.

Ahmad Dzaffir dipetik berkata, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sejak dia berusia 16 tahun.

Mangsa juga mendakwa akan dimarahi kakak kandungnya berusia 24 tahun yang juga isteri suspek jika enggan melayani kehendak suspek.

Difahamkan, mangsa didapati hamil lapan minggu, tinggal bersama kakak kandungnya yang sarat mengandung lapan bulan.

Polis turut mengambil keterangan wanita itu untuk siasatan.

Berita berkaitan

'Polis ambil keterangan kakak mangsa rogol, liwat'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 1:14 PM