GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

ANGGOTA polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata, penemuan pada 5.30 petang itu adalah susulan laporan polis mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun pada 18 Mac lalu.

Laporan polis berhubung kehilangan Zulkifli Musa itu dibuat oleh isterinya selepas lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Tambak selepas keluar pada 9 malam, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi dan membuat pemeriksaan di rumah suspek sebelum menemukan timbunan tanah merah di belakang rumah terbabit.

“Pemeriksaan lanjut menemukan mayat dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang, ditanam di situ,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 38 tahun itu juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 12:05 PM