PEKERJA syarikat pembersihan memulakan kerja pembersihan sisa bahan toksik di Sungai Kim Kim. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PEKERJA syarikat pembersihan memulakan kerja pembersihan sisa bahan toksik di Sungai Kim Kim. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Ibrahim Isa


WARTAWAN Harian Metro, Mary Victoria Dass, terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar selepas hidungnya berdarah, sakit tekak, loya dan pening kepala ketika membuat liputan di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), pagi tadi.

Mary petugas media ketiga yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar akibat ‘Simptom Kim Kim’ selepas wartawan Astro Awani, Ernalisa Othman, yang alami loya, pening dan muntah Rabu lalu.

Ketua Biro TV3 Johor, Zahir Senapiah turut menjadi mangsa ‘Simptom Kim Kim’, apabila muntah-muntah ketika berehat di rumah selepas pulang dari membuat liputan di sekitar Pasir Gudang, Rabu lalu.

Mary berkata, dia pada mulanya mengalami simptom gas beracun dari Sungai Kim Kim selepas terasa loya dan hidung berdarah malam tadi ketika berehat di rumah.

“Saya beranggapan mungkin sebab cuaca panas menyebabkan saya bertugas hari ini, bagaimanapun tiba-tiba hidung berdarah kira-kira jam 10 pagi tadi,” katanya sebelum mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Hampir semua petugas yang berada di lokasi membuat liputan sejak Khamis minggu lalu mengalami ‘Simptom Kim-Kim’ cuma tahap pencemaran berbeza mengikut keadaan masing-masing.

Berita berkaitan

Sungai Klang pula tercemar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 4:15 PM