Keadaan kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba
Khalid Latip


TANPA tindakan pantas orang ramai menghulurkan bantuan sejurus nahas berlaku, sudah pasti seorang pemandu kereta terperangkap dan rentung dalam kenderaannya.

Itulah tuah lelaki yang terselamat selepas kereta Proton Saga dinaikinya hilang kawalan sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Sibu-Durin, Sibu, kira-kira 10 pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Bahari Lon, 24, dipercayai dalam perjalanan dari Sibu menghala ke Kanowit.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik dan terbakar.

“Pemandu kenderaan bernasib baik kerana dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum kehadiran bomba.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kebakaran memusnahkan sepenuhnya kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Katanya, dua jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan, 10.04 pagi.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10.50 pagi,” katanya.

Anggota bomba memadam kebakaran kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba memadam kebakaran kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba

Keadaan kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta Proton Saga yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Durin, Sibu. Foto Ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Februari 2019 @ 2:56 PM