LIMA kontraktor direman antara lima dan tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO Ihsan SPRM
LIMA kontraktor direman antara lima dan tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO Ihsan SPRM
Mohd Sabran Md Sani


LIMA kontraktor direman antara lima dan tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM48,600, dua tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sallehudin Abd Sani terhadap kontraktor berusia 39 hingga 55 tahun yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kluang, semalam.

Semua kontraktor terbabit mengemukakan butiran palsu berkaitan kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Pontian dan Kota Tinggi berjumlah RM48,600 pada 2007.

Bagaimanapun, siasatan dijalankan terhadap tuntutan dikemukakan mendapati kerja pembekalan dimaksudkan tidak berlaku.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai barang-barang yang membuat dakwaan palsu, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 2:23 PM