BANJIR yang melanda Beluran baru-baru ini. FOTO Ihsan Bomba
BANJIR yang melanda Beluran baru-baru ini. FOTO Ihsan Bomba
BERNAMA

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sualok di Beluran, kira-kira 120 kilometer dari Sandakan yang ditutup sejak dua hari lalu akibat banjir, beroperasi semula hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata, walaupun sekitar sekolah masih terdapat air banjir, namun ia semakin surut.

“Kehadiran guru di SK Sualok adalah 92.8 peratus (daripada 14 guru), manakala kehadiran murid adalah 40 peratus iaitu 78 orang daripada 197 jumlah keseluruhan.

“Hanya pra sekolah SK Sualok terus ditutup hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mistrine berkata, proses pembelajaran dan pengajaran di SK Pamol, Beluran pula dipindahkan ke dewan sekolah memandangkan beberapa bilik darjah di sekolah itu, digunakan sebagai pusat pemindahan sementara mangsa banjir.

Rabu lalu, SK Sualok dan SK Basai ditutup akibat banjir berikutan hujan lebat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 10:52 AM