ANGGOTA SPRM membawa  tiga pegawai PAID selepas mendapat arahan tahanan reman berkaitan kes rasuah berjumlah RM600 di Mahkamah Majistret Klang. -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
ANGGOTA SPRM membawa tiga pegawai PAID selepas mendapat arahan tahanan reman berkaitan kes rasuah berjumlah RM600 di Mahkamah Majistret Klang. -Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Siraj Mohd Zaini


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mendapat perintah reman terhadap tiga pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Selangor berkaitan kes rasuah berjumlah RM600.

Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan membenarkan dua suspek direman selama dua hari, manakala seorang lagi suspek direman empat hari sehingga 13 Januari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Klang kira-kira jam 9 pagi, dengan memakai baju lokap jingga SPRM dan tangan bergari.

Sumber berkata, ketiga-tiga mereka berusia 32 hingga 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai meminta dan menerima suapan sebanyak RM600 daripada orang awam sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan kes khalwat di daerah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Berita berkaitan

Penguat kuasa agama ditahan SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 11:20 AM